Khamis, 4 Julai 2013

30 Fakta Menarik Tentang Kucing ! =3

Assalamualaikum Sume .. Sihat ? Dh Mkan Ker Blom ? xD /Hehe/

Untuk post hari ni kmi ingin kongsikan 30 Fakta Menarik Tentang Kucing. Kucing ni terdiri daripda kaum kerabat sperti Puma , Harimau dan lain-II lgy spertimana yg anda sume thu.

1. Kucing dapat melompat ke ketinggian 5 kali tinggi badannya

2. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari

3. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hhanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.

4. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.

5 Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mencukur sama ada laluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai kucing korang lha yerrr! Kesian kucing itu nanti. Kebanyakan kucing tidak memiliki bulu mata.

 6. Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripda manusia.

7. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing.

8. Sama seperti cap jari , corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza ! xD

9. Pada 1800's, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumahke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditugaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tidak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini.

10. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekr kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) hahaha! comey nyer diorang niym kan ? *Q*

11. 25% pemilik kucing "blow dry" kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ini tak ?

12. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki.

13. Kucing ada 32 otot di setiap telinga !

14.  Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu berbahaya atau bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.

15. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (silalah google untuk keterangan lanjut yer?)

16.Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
17. Kucing memiliki 30 ruas tulang belakang, 5 kali lebih banyak dari manusia

18. Kucing memiliki 230 tulang, 24 kali lebih banyak dari manusia

19. Kucing tidak memiliki tulang selangka, *clavicle

20. Kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan, kaki depannya dapat diputar ke segala arah dan setengah 
bahagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang berlawanan

21. Pendengaran kucing lebih sensitif dari manusia dan anjing. Batas pendengaran kucing 65 khz, sedangkan manusia ialah 20 khz

22. Kucing memiliki mata terbesar dibandingkan dengan mamalia lain (dalam hubungan mata dengan besarnya tubuh)

23. Kucing tidak dapat melihat pada kegelapan mutlak, akan tetapi ketajaman matanya pada waktu malam sangat baik. Mata kucing memiliki lapisan penyerap cahaya yang disebut tapetum yang dapat berfungsi untuk memperkuat cahaya yang memasuki retina

24. Pandangan kucing ialah 185 darjah

25. Kucing memiliki deria hidu 20-80 juta sel olfactory, sedangkan manusia hanya 5-20 juta

26. Denyut nadi kucing normal antara 110-170 denyutan per menit (jika kamu ingin melakukan pemeriksaan denyutan nadi, lakukan di peha belakang di bahagian sendi yang menghubungkan kaki dengan tubuh)

27. Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali per menit

28. Suhu tubuh kucing normal 102F atau 38.8C

29. Kucing kampung dapat lari dengan kecepatan 31 batu per jam

30. Kucing memiliki sistem saraf yang sangat sensitif

Untuk menentukan umur kucing dengan menjadikan umur manusia sebagai dasar, mulakan kiraan tahun pertama kucing bersamaan dengan 20 tahun manusia, tahun kucing berikutnya bersamaan dengan 4 tahun manusia.

Contoh, seekor kucing berusia 4 tahun. Dalam umur manusia, kucing tersebut berumur 32 tahun.
1tahun pertama (20 tahun manusia), 3 tahun berikutnya (4 tahun manusia darab 3) = 32 tahun..!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan